BANGKOK: Tentera Laut Diraja Thailand (TLDT) memaklumkan, jumlah jaket keselamatan yang disediakan di atas kapal HTMS Sukhothai yang karam di Teluk Thailand pada Ahad lalu tidak mencukupi untuk semua anak kapal.
Panglima TLDT, Laksamana Cherngchai Chomcherngpat, berkata kapal itu membawa seramai 105 anak kapal iaitu melebihi kapasiti 30 daripada biasa, menyebabkan jumlah jaket keselamatan tidak mencukupi untuk semua anak kapal.
“Biasanya ada lebih banyak jaket keselamatan tambahan disediakan untuk anak kapal,” katanya.
Sekurang-kurangnya enam orang maut, manakala 23 lagi masih hilang apabila HTMS Sukhothai mengalami kerosakan enjin dan karam kira-kira 20 batu nautika dari wilayah Prachuap Khiri Khan, pada kira-kira pukul 11.30 malam (waktu tempatan), Ahad.
Seramai 76 orang berjaya diselamatkan dalam kejadian tu.
Cherngchai berkata, dengan atau tanpa jaket keselamatan ia tidak menjejaskan peluang untuk terus hidup.
“Kapal itu tenggelam selepas air laut masuk dan melumpuhkan sistem kuasanya,” katanya yang turut menolak dakwaan kapal berusia hampir 40 tahun itu mungkin tidak berada dalam keadaan baik dengan memaklumkan ia sudah dinaik taraf beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.