AS bimbang jangkitan Covid-19 di China - Utusan Malaysia

AS bimbang jangkitan Covid-19 di China

PENDUDUK menjalani saringan asid nukleik bagi mengesan jangkitan Covid-19 di Wuhan, Wilayah Hubei. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Beberapa bandar di seluruh China bertungkus-lumus menambah jumlah katil hospital dan mewujudkan klinik saringan demam ketika kes jangkitan Covid-19 semakin meruncing.

Situasi di China turut mendapat perhatian Amerika Syarikat (AS) yang menyifatkannya sebagai ‘keadaan tidak menentu yang serius’.

China pada bulan ini melonggarkan kebanyakan sekatan ketat Covid-19 selepas penduduk melakukan protes membantah pelaksanaannya yang dianggap ‘menyeksa dan menyusahkan’ kehidupan harian mereka.

Namun, kelonggaran sekatan itu menyaksikan kes jangkitan naik mendadak dan situasi diburukkan apabila semakin ramai penduduk negara ini enggan mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Kebanyakannya menzahirkan kebimbangan mengenai kesan sampingan vaksin tersebut, selain mengakui tidak yakin dengan keupayaannya mencegah jangkitan Covid-19.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, keadaan di China boleh mendatangkan bahaya kepada negara lain apabila ada rakyatnya melakukan perjalanan ke luar negara.

“Penularan yang tidak terkawal juga menjejaskan ekonomi China yang merupakan satu daripada ekonomi utama dunia,” katanya.

Beijing hari ini merekodkan lima kematian akibat koronavirus.

Secara keseluruhan, China merekodkan sebanyak 5,242 kematian Covid-19 sejak pandemik bermula pada 2019.

Situasi semasa turut menyaksikan sejumlah hospital semakin sesak dengan pesakit, kekurangan katil untuk menampung kemasukan pesakit.

Beberapa pakar perubatan menjangkakan 60 peratus rakyat China boleh dijangkiti virus maut itu dalam tempoh terdekat dan lebih dua juta berisiko untuk mati. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN