8 maut, kereta hanyut dalam banjir kilat di Filipina - Utusan Malaysia

8 maut, kereta hanyut dalam banjir kilat di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Lapan orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas kenderaan jeepney dinaiki mereka dihanyutkan arus deras banjir kilat yang melanda di wilayah Rizal, Filipina.

Lapor Xinhua, polis di bandar Tanay, Jason Benitez berkata, insiden itu berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan).

Katanya, ketika kejadian, jeepney yang membawa 25 penumpang itu menyeberangi sungai yang menghala ke arah utara menuju ke sebuah kampung dari bandar.

Ketua Pejabat Agensi Pengurusan Bencana Perbandaran Tanay, Norberto Francisco Matienzo berkata, kenderaan itu terkandas di tengah-tengah sungai apabila dihanyutkan arus deras banjir kilat.

Jelasnya, tujuh mangsa yang maut berusia lebih 60 tahun manakala seorang lagi cedera.

Selama beberapa dekad, jeepney merupakan medium pengangkutan darat yang paling popular di Filipina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN