19 rentung hotel kasino di Kemboja terbakar - Utusan Malaysia

19 rentung hotel kasino di Kemboja terbakar

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap di Hotel Grand Diamond City, Poipet, Kemboja.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 19 maut dalam insiden kebakaran di sebuah hotel kasino di Kemboja yang bersempadan dengan Thailand.

Polis Kemboja memaklumkan kebakaran berlaku sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan, Rabu lalu, di Hotel Grand Diamond City di Poipet.

Berdasarkan laporan polis yang dilihat oleh AFP, seramai 30 mangsa lain mengalami kecederaan dan 400 individu dipercayai bekerja di kasino semasa kejadian tersebut.

Rakaman video yang tersebar dalam talian menunjukkan kebakaran di bangunan hotel dengan beberapa klip video memaparkan orang ramai cuba terjun dari bangunan.

Media tempatan melaporkan warganegara asing turut berada di dalam kasino tersebut semasa kebakaran.

Kementerian Luar Thailand turut berusaha melakukan penyelarasan tugas dengan pihak berkuasa tempatan.

Mangsa yang tercedera pula dihantar ke hospital di wilayah Sa Kaeo, Thailand.

“Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran termasuk menghantar pasukan bomba dari Thailand,” katanya.

Sementara itu, sukarelawan Yayasan Ruamkatanyu dari Thailand memaklumkan kebakaran berpunca dari tingkat pertama sebelum merebak pantas di sepanjang permaidani dan ke bahagian atas bangunan tersebut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya