Wanita Singapura rentas 30,000km hantar makanan ke Antartika - Utusan Malaysia

Wanita Singapura rentas 30,000km hantar makanan ke Antartika

Manasa Gopal menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya di Antartika. - NOMADONBUDGET INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang wanita di republik ini mencipta rekod dunia selepas berjaya melakukan perjalanan jauh untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya di Antartika.

Manasa Gopal melakukan penghantaran makanan paling jauh di dunia dari Singapura ke Antartika dengan menempuh perjalanan sejauh 30,000 kilometer  dan merentasi empat benua.

Memetik laporan The National Bulletin, Manasa turut berkongsi sebuah video yang memaparkan perjalanannya menghantar makanan ke tempat paling sejuk dan sepi di dunia itu, di laman Instagramnya.

Dalam video berkenaan, Manasa dilihat melakukan perjalanan sejauh 30,000 kilometer dengan membawa bungkusan makanan di tangannya.

Wanita itu memulakan perjalanannya dari Singapura ke Hamburg, Buenos Aires dan Ushuaia sebelum tiba di Antartika.

Dalam klip video itu, Manasa dilihat sedang merentasi beberapa jalan raya yang berais dan berlumpur sebelum akhirnya dapat menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya.

“Saya membuat penghantaran makanan istimewa dari Singapura ke Antartika. Saya berasa sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan pihak @foodpandasg untuk menjayakan usaha ini.

“Agak jarang mendapat tempat terpencil di dunia sebagai lokasi penghantaran pesanan makanan.

“Sudah tentu ia menyeronokkan kerana berpeluang merentasi sejauh 30,000 kilometer dan empat benua untuk menghantar hidangan makanan Singapura,” katanya dalam catatan di laman media sosial itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya