Wanita hamil enam bulan dirogol lelaki pecah masuk rumah - Utusan Malaysia

Wanita hamil enam bulan dirogol lelaki pecah masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI SELATAN: Seorang wanita hami enam bulan menjadi mangsa rogol seorang lelaki bogel yang memecah masuk rumahnya di Luwu, di sini.

Insiden itu berlaku apabila mangsa yang berusia 18 tahun terjaga daripada tidur akibat terdengar bunyi lolongan anjing yang kuat.

Selain itu, suami mangsa dilaporkan tidak berada di rumah ketika kejadian berkenaan berlaku.

Mangsa yang tidur bersama kakanya lantas bangun dan keluar dari bilik untuk melihat jika ada sesuatu yang tidak kena.

Ketika itu, dia perasan pintu rumahnya terbuka dan ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel.

Suspek kemudiannya memeluk mangsa dan menolaknya sehingga jatuh sebelum merogol wanita tersebut, selain mengancam untuk membunuhnya jika melawan.

Selepas itu, suspek melarikan diri dan mangsa yang ketakutan terus mengejutkan kakaknya dan mereka membuat laporan polis.

Sementara itu, polis mengesahkan sudah menerima laporan mengenai insiden tersebut dan giat memburu suspek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya