Tiga banduan akhir saman kerajaan Jepun, cuba elak hukuman mati - Utusan Malaysia

Tiga banduan akhir saman kerajaan Jepun, cuba elak hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Tiga banduan akhir memfailkan saman terhadap kerajaan Jepun kerana mendakwa hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan adalah kejam dan wajar dimansuhkan.

Jepun merupakan antara negara yang masih melaksanakan hukuman mati dengan cara menggantung pesalah.

Tiga banduan di sebuah penjara di Osaka itu cuba mendapatkan perintah mahkamah agar tidak digantung, menurut peguam Kyoji Mizutani.

Selain itu, mereka juga meminta bayaran pampasan sebanyak 33 juta yen (RM1.07 juta) sebagai ganti rugi terhadap tekanan psikologi yang dialami sejak mereka dikenakan hukuman mati pada 2000.

Setakat ini, lebih 100 tahanan menunggu masa untuk menjalani hukuman mati di seluruh Jepun, termasuk pembunuh bersiri.

Tuntutan saman itu dilihat bakal mencabar relevan hukuman mati di negara ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN