Serangan Russia di Kherson bunuh 32 orang - Utusan Malaysia

Serangan Russia di Kherson bunuh 32 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh akibat serangan Russia di bandar Kherson, selatan Ukraine sejak tentera pro-Moscow berundur dua minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Ihor Klymenko dalam catatan yang dimuat naik di Facebook.

“Serangan Russia hampir setiap hari mengakibatkan bandar itu musnah dan ramai penduduk tempatan terbunuh.

“Secara keseluruhannya, seramai 32 orang awam terkorban akibat serangan di bandar Kherson sejak pengunduran tentera Russia.

“Malah, ramai penduduk juga berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Namun, ada juga kekal berada di rumah, justeru kita perlu memberikan perlindungan dengan keselamatan maksimum kepada mereka,” katanya.

Dilaporkan, tentera Russia berundur pada 11 November lalu selepas menduduki bandar itu selama hampir sembilan bulan.

Pasukan tentera itu kini berada di tebing timur Dnipro yang mana mereka secara kerap menyerang bandar itu.

Dalam pada itu, Klymenko berkata, pasukan polis sekali lagi ditugaskan untuk mengawal keselamatan di bandar tersebut.

Terdahulu, seorang pembantu kanan kepada presiden memaklumkan jurutera berjaya memulihkan bekalan elektrik di bandar berkenaan.

Minggu lalu, seorang pegawai kanan berkata, pihak berkuasa Ukraine akan mula memindahkan orang awam yang mahu meninggalkan wilayah itu.

Sementara itu, Klymenko berkata, pasukan penyiasat merekodkan sebanyak 578 kes yang disifatkan sebagai jenayah perang dilakukan oleh tentera Russia di wilayah tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya