Separuh rakyat Britain bimbang tidak mampu beli makanan

Separuh rakyat Britain bimbang tidak mampu beli makanan

RAKYAT Britain bimbang tidak mampu menyediakan keperluan asas dan membayar bil mereka jika kos sara hidup terus meningkat.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih separuh daripada penduduk Britain semakin gusar dengan keupayaan mereka untuk meneruskan kehidupan, terutamanya membeli makanan dan keperluan asas berikutan krisis kos sara hidup yang semakin memburuk di negara ini.

Berdasarkan laporan kaji selidik terkini, lebih dua perlima atau 44 peratus rakyat bimbang tidak mampu lagi membayar sewa dan gadai janji apabila pendapatan isi rumah mereka semakin menyusut.

Rakyat Britain berdepan masalah baharu sebelum perayaan Krismas selepas kadar inflasi meningkat ke paras tertinggi, 11.1 peratus dalam tempoh 41 tahun dan pakar memberi amaran keadaan lebih buruk mungkin berlaku.

Perdana Menteri, Rishi Sunak dan Canselor, Jeremy Hunt akan mengumumkan Penyata Musim Luruh mereka, termasuk pemotongan perbelanjaan dan kenaikan cukai ketika mereka berusaha untuk mengisi ‘lubang hitam’ berjumlah lebih 55 bilion pound (RM297 bilion) dalam kewangan awam.

Laporan baharu oleh badan pemikir Compassion In Politics yang dikongsi dengan MailOnline menunjukkan, menjelang pengumuman penyata tersebut esok, hampir 74 peratus rakyat berpendapat kerajaan menunjukkan prestasi yang ‘teruk’ dalam menangani krisis kos sara hidup.

Jumlah tersebut termasuk 58 peratus daripada mereka yang mengundi parti Tory pada Pilihan Raya Umum 2019.

Hampir 79 peratus dalam kalangan rakyat yang berumur 35 hingga 49 tahun berpendapat para menteri tidak menunjukkan prestasi yang baik malah turut menganggap kerajaan lebih mementingkan kebajikan golongan kaya berbanding golongan berpendapatan rendah.

Menerusi laporan itu, majoriti rakyat Britain meminta undang-undang baharu diperkenalkan di negara ini yang memberikan rakyat hak untuk mendapat tempat tinggal, makanan dan pendapatan mencukupi untuk menampung perbelanjaan seharian mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.