BANGKOK: Polis Thailand hari ini menggunakan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membantah sidang kemuncak Anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Bangkok.
Menurutnya pegawai polis bertugas, dianggarkan seramai 350 orang penunjuk perasaan berkumpul dan bertempur dengan polis, kira-kira 10 kilometer dari tempat pemimpin APEC mengadakan pertemuan.
Video dalam media sosial menunjukkan penunjuk perasaan cuba menterbalikkan kereta polis, melontar peluru dan menyerang polis, manakala pegawai polis yang memakai sut antirusuhan menghampiri mereka dengan perisai dan menggunakan belantan.
Aktivis belia, Patsaravalee ‘Mind’ Tanakitvibulpon, yang berada di lokasi demonstrasi itu memaklumkan, orang ramai membantah sidang kemuncak APEC dan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha.
“Polis bertindak keterlaluan. Mereka menggunakan peluru getah terhadap kami dan cuba menghalang berkali-kali,” katanya kepada Reuters.
Dalam insiden itu, polis menahan 10 orang penunjuk perasaan, selain lima anggota polis cedera. – REUTERS