Pesawat penumpang terhempas dalam tasik, 19 maut - Utusan Malaysia

Pesawat penumpang terhempas dalam tasik, 19 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKOBA: Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam insiden sebuah pesawat terhempas ke dalam Tasik Victoria ketika cuba mendarat di lapangan terbang Tanzania semalam.

Namun, menerusi Twitter, stesen penyiaran yang memetik seorang pegawai tempatan, tidak dapat mengesahkan angka kematian itu daripada syarikat penerbangan terbabit, Precision Air.

Sebelum ini, Precision Air memaklumkan, sekurang-kurangnya 26 mangsa berjaya diselamatkan ketika itu.

Menurut syarikat penerbangan itu, pesawat PW494 berkenaan membawa seramai 39 penumpang meliputi seorang bayi, serta empat kru termasuk juruterbang.

Punca kejadian belum dikenal pasti, namun badan penyiaran Tanzania Broadcasting Corporation (TBC) melaporkan insiden berlaku ketika ribut dan hujan lebat.

Seorang saksi memberitahu TBC, pesawat itu dilihat terbang dalam keadaan tidak stabil dalam cuaca buruk ketika menghampiri lapangan terbang berkenaan, sebelum terhempas ke dalam tasik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya