Penumpang kapal persiaran diselamatkan selepas hilang di laut lebih 15 jam - Utusan Malaysia

Penumpang kapal persiaran diselamatkan selepas hilang di laut lebih 15 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang penumpang yang hilang dari kapal persiaran di Teluk Mexico diselamatkan selepas lebih 15 jam berada di laut.

Lapor BBC, lelaki berusia 28 tahun itu berada di sebuah bar di kapal Carnival Valor bersama kakaknya pada malam Rabu tetapi tidak pulang selepas keluar untuk menggunakan tandas.

Beberapa kru penyelamat menyerbu kawasan itu dan lelaki itu akhirnya dikesan pada petang Khamis, kira-kira 30 kilometer dari pantai Louisiana.

Lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pegawai Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), Leftenan Seth Gross berkata, lelaki itu mungkin berada di dalam air selama lebih daripada 15 jam.

“Pertama kali saya melihat orang yang boleh bertahan lama di dalam air dan tidak pernah lagi saya lihat dalam kerjaya saya selama 17 tahun. Usaha menyelamat ini yang amat menggembirakan.

“Ini menunjukkan keinginan untuk hidup adalah sesuatu yang perlu anda pertanggungjawabkan dalam setiap kes mencari dan menyelamat,” jelasnya.

Tidak jelas bagaimana lelaki itu terjun ke dalam air dari kapal yang dalam perjalanan ke Cotumel di Mexico.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya