Pengundi pertama pilihan raya India meninggal dunia pada usia 105 tahun - Utusan Malaysia

Pengundi pertama pilihan raya India meninggal dunia pada usia 105 tahun

SHYAM SARAN NEGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki yang digelar ‘pengundi India pertama’ dilaporkan meninggal dunia pada usia 105 tahun.

Lapor BBC, Shyam Saran Negi didakwa menjadi individu pertama membuang undi ketika India mengadakan pilihan raya umum pertama selepas memperoleh kemerdekaan dari British.

Sejak itu, Negi akan mengundi dalam setiap pilihan raya umum yang berlangsung.

Warga emas itu juga dilaporkan sempat membuang undi beberapa hari sebelum kematiannya sempena pilihan raya tempatan di negeri Himachal Pradesh.

Bekas pesara guru itu berkemungkinan menjadi individu pertama yang mengundi dalam era India merdeka kerana Himachal Pradesh membuka lima pusat undi selam lima bulan lebih awal pada 1951 untuk pilihan raya umum 1952 bagi mengelakkan salji tebal.

Pada 2014, Negi menjadi duta Suruhanjaya Pilihan Raya India sebagai kempen menggalakkan masyarakat mengundi.

Sementara itu, Perdana Menteri Narendra Modi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Negi dan mayatnya akan dibakar dalam upacara penuh penghormatan di kampungnya di Kalpa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN