Pekerja J&T Express curi duit syarikat buat beli rumah - Utusan Malaysia

Pekerja J&T Express curi duit syarikat buat beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pekerja kurier J&T Express dilaporkan membawa lari duit syarikat itu sebanyak 531 juta rupiah (RM151,583).

Selepas mencuri duit tersebut, pekerja terbabit didakwa menggunakannya untuk membeli rumah kos rendah di Bekasi, Jawa Barat.

Jurucakap polis Metro Jakarta Barat, Avrilendy mengesahkan laporan tersebut dan menyatakan suspek dipercayai tidak menghabiskan duit tersebut.

“Sebahagiannya juga digunakan untuk membeli perabot untuk diletakkan di rumah baharunya.

“Duit yang dicuri suspek merupakan hasil keuntungan pejabat cawangan yang akan dihanter ke pejabat utama J&T Express,” katanya.

Jelas Avrilendy, suspek ditugaskan untuk membawa duit tersebut ke ibu pejabat J&T pada minggu lalu sebelum membawanya lari.

Suspek kemudiannya melarikan diri ke Bekasi, namun sudah ditahan polis kelmarin.

“Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia sempat membeli rumah dan sejumlah perabot menggunakan duit berkenaan,” ujar Avrilendy.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya