BAITULMUQADDIS: Tinjauan awal pilihan raya umum Israel selepas pengundian yang berlangsung kelmatrin menunjukkan Parti Likud akan menang tetapi tidak dapat membentuk kerajaan sendiri.
Menurut tinjauan tersebut, parti pimpinan bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu itu berkemungkinan memenangi sebanyak 30 atau 31 kerusi parlimen.
Ini bermakna Parti Likud memerlukan sokongan daripada parti-parti lain bagi menguasai sekurang-kurangnya 61 daripada 120 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan.
Jumlah itu dikatakan boleh diperolehi Likud, jika parti-parti tegar berhaluan kanan dan Ortodoks Yahudi, menyokong parti berkenaan.
Pilihan raya umum yang berlangsung kelmarin adalah yang kelima di Israel dalam masa empat tahun.
Bagaimanapun kadar penduduk yang keluar mengundi dilaporkan yang tertinggi sejak tahun 1999.










