NASA berjaya lancar roket gergasi untuk misi ke bulan - Utusan Malaysia

NASA berjaya lancar roket gergasi untuk misi ke bulan

ROKET Artemis 1 menjalani proses persiapan untuk pelancaran di Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Florida, Amerika Syarikat pada 17 Ogos lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) berjaya melancarkan roket paling berkuasanya untuk melaksanakan misi ke bulan hari ini.

Roket Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) setinggi bangunan 32 tingkat itu berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida pada pukul 1.48 pagi waktu tempatan.

Kali terakhir AS menghantar angkasawan ke bulan menggunakan roket Apollo pada 1969 hingga 1972.

Misi kali ini melibatkan skop lebih luas iaitu menyediakan NASA dalam menghantar angkasawan ke planet Marikh dan rancangan membangunkan stesen angkasa lepas di bulan.

Pelancaran ketiga itu tetap berjaya biarpun sebelum itu dikesan terdapat masalah teknikal.

Namun, pasukan jurutera berjaya memulihkan masalah tersebut dan pelancaran dapat dilakukan.

Roket tersebut cuba dilancarkan sebanyak dua kali sebelum ini dan kedua-duanya berdepan kegagalan berikutan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya