Letupan Istanbul: Pihak berkuasa Turkiye tahan seorang lagi suspek di Syria - Utusan Malaysia

Letupan Istanbul: Pihak berkuasa Turkiye tahan seorang lagi suspek di Syria

PASUKAN forensik memeriksa lokasi kejadian selepas letupan berlaku di Istanbul, Turkiye. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Pasukan keselamatan Turkiye menahan seorang lagi suspek berhubung insiden letupan maut di Istanbul pada Ahad lalu.

Tangkapan itu dibuat dalam satu operasi yang dilakukan di barat laut Syria.

lapor agensi berita Anadolu, suspek yang dikenali dengan kod panggilan ‘Husam’, diberkas polis Turkiye lewat kelmarin di bandar Azaz yang dikuasai pembangkang Syria di bawah sokongan Turkiye.

Suspek kemudiannya dibawa ke Istanbul untuk disoal siasat.

Perkembangan itu menjadikan jumlah tahanan berhubung insiden letupan terbabit kini mencecah 51 suspek.

Anadolu melaporkan, Husam disyaki bersubahat dan membantu seorang wanita Syria dikenal pasti sebagai Ahlam Albashir yang didakwa melakukan serangan itu.

Letupan di Istiklal Avenue, Istanbul, meragut enam nyawa termasuk dua kanak-kanak, manakala puluhan lagi cedera. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya