Lelaki 'gigit jari' isteri bawa lari duit loteri RM700,000 bersama kekasih gelap - Utusan Malaysia

Lelaki ‘gigit jari’ isteri bawa lari duit loteri RM700,000 bersama kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki berputih mata selepas isterinya melarikan diri dengan kekasih baharu berserta duit loteri yang dimenangi berjumlah enam juta baht (RM761,292).

Lelaki itu yang dikenali sebagai Manit memenangi duit itu pada 1 November lalu sebelum memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank isterinya.

Manit, 49, beranggapan pemberian duit itu merupakan hadiah paling istimewa untuk isterinya, namun sangkaannya meleset apabila wanita itu melarikan diri bersama kekasih gelap.

Berasa seperti ditipu, Manit segera membuat laporan polis terhadap isterinya yang berusia 45 tahun.

Dia memberita pihak berkuasa bahawa dia dan isterinya sudah berkahwin selama 26 tahun dan mempunyai tiga anak.

Manit turut memaklumkan, dia tidak mempunyai masalah dengan isterinya, malah sebelum ini bersetuju untuk menderma sebanyak sejuta baht kepada kuil, selain membuat kenduri bersama keluarga menggunakan duit tersebut.

Ketika kenduri berlangsung, Manit menceritakan dia ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali, namun isterinya memberitahu lelaki itu adalah saudaranya tanpa menyedari lelaki itu adalah teman lelaki isterinya.

Dalam pada itu, seorang daripada anak pasangan tersebut menyatakan dia mengetahui ibunya mempunyai hubungan sulit dan cuba menghubunginya.

Sementara itu, polis memaklumkan kepada Manit bahawa mereka tidak mampu membantunya mendapatkan kembali duit loteri yang dibawa lari isterinya.

Sebaliknya, polis meminta keluarga Manit memujuk wanita tersebut supaya pulang ke rumah dan memulangkan semula duit berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya