Lebih 300 maut ditembak pasukan keselamatan sepanjang rusuhan ganas di Iran - Utusan Malaysia

Lebih 300 maut ditembak pasukan keselamatan sepanjang rusuhan ganas di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pasukan keselamatan Iran didakwa menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 326 orang sepanjang tunjuk perasaan yang berlangsung di seluruh negara bagi membantah kematian seorang wanita ketika dalam tahanan.

Mahsa Amini dilaporkan meninggal dunia pada 16 September lalu, tiga hari selepas dia ditahan kerana didakwa melanggar etika pemakaian tudung yang diwajibkan.

Siri protes yang berlaku turut merebak ke beberapa negara lain termasuk Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

“Sekurang-kurangnya 326 orang, termasuk 43 kanak-kanak dan 25 wanita terbunuh akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan sepanjang protes berlangsung,” menurut Iran Human Rights menerusi kenyataan.

Jumlah itu termasuk 123 orang yang terkorban di wilayah Sistan-Baluchistan.

Jumlah kematian paling banyak berlaku pada 30 Setember lalu apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan selepas solat Jumaat di Zahedan di Sistan-Baluchistan.

Protes yang berlaku di wilayah itu dikatakan berpunca daripada dakwaan seorang anggota polis yang merogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang ditahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya