Kes Covid-19 di AS mula melonjak akibat penularan varian baharu - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 di AS mula melonjak akibat penularan varian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) hari ini mengeluarkan data membabitkan kes jangkitan Covid-19 susulan penularan pantas beberapa varian baharu di negara itu.

Dua varian baharu iaitu BQ.1 dan BQ.1.1 menular dengan pantas dan setiap daripadanya menyumbang kira-kira satu peratus daripada jangkitan baharu di AS, namun meningkat dua kali ganda berbanding kelaziman, setiap minggu.

Berdasarkan data terkini CDC, hampir 14 peratus jangkitan baharu di AS pada minggu berakhir pada 29 Oktober lalu berpunca daripada varian BQ.1, manakala BQ.1.1 pula menyebabkan 13.1 peratus jangkitan baharu.

Data CDC menunjukkan, BQ.1 dan BQ.1.1 menyumbang lebih satu daripada empat jangkitan Covid-19 baharu di seluruh negara itu.

Varian BA.5 yang mendominasi penularan Covid-19 di AS sejak Julai lalu, kini menyumbang 49.6 peratus daripada jangkitan baharu di Negara itu.

Sebahagian besar subkelompok baharu, iaitu cabang BA.2, BA.4 dan BA.5 kini muncul sebagai punca majoriti jangkitan baharu di AS.

Pakar virologi dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, Dr. Andrew Pekosz berkata, varian itu sedikit berbeza antara satu sama lain, namun semuanya membawa beberapa mutasi utama sama yang mengurangkan imuniti daripada vaksin dan jangkitan lampau, menjadikannya lebih cenderung kepada jangkitan baharu serta jangkitan semula.

Beliau menjelaskan,  BQ sebenarnya adalah varian BA.5.

“Saya rasa semua varian yang ada, iaitu BQ.1.1, di AS adalah terbesar atau paling banyak diperkatakan sekarang, semuanya berasal daripada varian BA.5 atau BA.4 .

“Kesemuanya bermutasi beberapa kali, menyebabkannya mampu mengelak beberapa jangkitan atau imuniti berpunca daripada vaksin,” katanya.

Satu lagi varian, XBB, juga adalah subvarian Omicron yang digelar sebagai ‘varian mimpi ngeri’ di Singapura, bersifat sangat kebal dan menunjukkan ia mungkin kalis terhadap vaksin semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN