Eropah 'berlumba-lumba' isi minyak Russia sebelum sekatan bermula

Eropah ‘berlumba-lumba’ isi minyak Russia sebelum sekatan bermula

LARANGAN Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak mentah Russia berkuat kuasa bulan depan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Negara-negara Eropah bergegas mengisi tangki simpanan masing-masing dengan minyak Russia, sebelum larangan ke atas bahan api itu berkuatkuasa pada Februari tahun depan.

Situasi itu berlaku kerana sumber alternatif dikatakan masih terhad.

Kesatuan Eropah (EU) akan mengenakan larangan import produk minyak Russia selewat-lewatnya pada 5 Februari depan.

Tindakan itu menyusuli larangan minyak mentah Russia yang bakal berkuatkuasa pada Disember depan.

Penganalisis kanan pasaran di Vortexa, Pamela Munger berkata, bekalan minyak Russia yang menuju ke hab penyimpanan Amsterdam-Rotterdam-Antwerp (ARA) meningkat kepada 215,000 barel sehari (bpd) dari 1 hingga 12 November lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 126 peratus berbanding angka dilaporkan pada Oktober lalu.

Data Refinitiv menunjukkan, minyak Russia menyumbang kira-kira 44 peratus daripada jumlah import bahan api EU setakat ini pada November, berbanding 39 peratus pada bulan lalu.

Jumlah itu diperoleh dengan pelaksanaan beberapa langkah alternatif yang kos efektif.

Meskipun tahap kebergantungan Eropah terhadap bahan api Russia menurun lebih 50 peratus sebelum pencerobohan Moscow di Ukraine pada Februari lalu, republik itu masih menjadi pembekal minyak terbesar di benua berkenaan.

“EU perlu mendapatkan kira-kira 500 hingga 600 ribu tong sehari minyak untuk menggantikan bekalan Russia itu.

“Sudah tentu bekalan akan datang dari Amerika Syarikat (AS), timur Suez terutamanya Asia Barat dan India,” kata penganalisis pasaran penapisan dan produk FGE, Eugene Lindell. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya