Dunia perlu bersatu atau 345 juta penduduk alami kebuluran - Utusan Malaysia

Dunia perlu bersatu atau 345 juta penduduk alami kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHARM EL-SHEIKH: Ketua Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seru pemimpin dunia bersatu dalam menyumbang sumber dan dana untuk menyelamatkan jutaan penduduk yang terjerumus dalam krisis kritikal akibat pelbagai faktor, termasuk perubahan iklim.

Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, David Beasley, terdapat sekurang-kurangnya 345 juta individu menuju ke arah kebuluran kerana konflik dan kejutan iklim.

Beliau menambah, tindakan penyelesaian dan dana diperlukan segera untuk mengelakkan penghijrahan besar-besaran dan ketidakstabilan negara yang terdedah kepada perubahan iklim.

“Harapan saya daripada COP ini adalah pemimpin di seluruh dunia bukan sahaja akan bercakap tetapi ambil tindakan, kerana kita mempunyai berjuta-juta orang yang menghadapi masalah serius sekarang kerana kejutan iklim di seluruh dunia.

“Jika kita mempunyai tindakan segera, dana dan sumber yang diperlukan, kita boleh menghentikan penghijrahan daripada berlaku dan ketidakstabilan negara. Tetapi pemimpin perlu mengambil tindakan dan mereka perlu mengambil tindakan dengan pantas,” katanya.

Sementara itu, beliau menyentuh mengenai perang Russia di Ukraine yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan kerana kedua-dua negara adalah pengeluar utama bijirin di dunia.

Beasley menjelaskan, beliau tidak kisah sama ada terdapat pihak cenderung menyokong atau membenci Russia, tetapi ramai yang memerlukan bijirin dan baja.

Ketiadaan bekalan bijirin berpotensi menyebabkan penduduk di seluruh dunia mati kelaparan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.