Donald Trump sah bertanding rebut jawatan Presiden AS 2024 - Utusan Malaysia

Donald Trump sah bertanding rebut jawatan Presiden AS 2024

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALM BEACH, Amerika Syarikat: Donald Trump mengesahkan desas-desus pelbagai pihak mengenai hasratnya untuk sekali lagi merebut jawatan presiden pada pilihan raya 2024.

“Kebangkitan semula Amerika bermula sekarang,” kata bekas presiden berusia 76 tahun itu kepada para penyokongnya di kediamannya di Florida.

Trump mengemukakan kertas pencalonannya dengan pihak berkuasa pilihan raya AS sebelum mengumumkan secara rasmi mengenai hasratnya bertanding sekali lagi jawatan presiden.

Namun, kredibiliti pemimpin itu sedikit tercalar apabila pilihan raya pertengahan penggal yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Republikan ‘kurang menyengat’.

Hal ini kerana kebanyakan calon yang dipiluh Trump untuk bertanding merebut kerusi panas tersasar.

Malah, sejumlah penyokong parti itu menyifatkan Trump seorang pemimpin yang ego dan sikap itu tidak melayakkannya menjadi Presiden AS sekali lagi.

Pada 2020, Trump gagal mempertahankan kedudukannya sebagai presiden negara ini apabila tewas kepada Joe Biden dari parti Demokrat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya