Bunuh suami demi duit, bekas ahli politik Brazil dipenjara 50 tahun

Bunuh suami demi duit, bekas ahli politik Brazil dipenjara 50 tahun

FLORDELIS DOS SANTOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Bekas ahli politik wanita Brazil, Flordelis dos Santos dipenjara 50 tahun selepas disabit kesalahan membunuh suaminya pada 2019.

Terkenal dengan sikapnya yang suka menjadikan kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan sebagai anak angkat, Dos Santos dan suaminya, Anderson do Carmo sering menjadi perhatian banyak sehingga do Carmo terbunuh akibat ditembak di kediaman mereka pada Jun 2019.

Pada Ogos 2020, Dos Santos didakwa ‘merancang pembunuhan, melibatkan beberapa anak angkatnya dalam jenayah tersebut dan cuba menjadikan pembunuhan itu seperti rompakan bersenjata’.

Motif utama pembunuhan Do Carmo adalah disebabkan Dos santos ingin menguasai kekayaannya.

Dos Santos yang ketika itu masih bergelar ahli politik mendapat perlindungan imuniti Parlimen, namun tidak bertahan lama apabila beliau disingkirkan pada Ogos 2021.

Bekas ahli politik itu juga didapati bersalah cuba membunuh suaminya menggunakan racun sekurang-kurangnya sebanyak enam kali, selain melakukan pemalsuan dokumen dan terlibat dalam persatuan jenayah bersenjata.

Sementara itu, lima anak Dos Santos, termasuk anak kandung dan anak angkatnya turut didakwa dalam perbicaraan tersebut.

Simone dos Santos Rodrigues yang merupakan anak kandung Dos Santos dipenjara 31 tahun, manakala empat anak angkatnya dan seorang cucu dibebaskan daripada sebarang pendakwaan.

Seorang daripada anak lelaki Dos Santos turut dituduh menjadi suspek yang melepaskan tembakan ke arah bapanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya