AS larang penjualan alat telekomunikasi Huawei Technologies dan ZTE China - Utusan Malaysia

AS larang penjualan alat telekomunikasi Huawei Technologies dan ZTE China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melarang kelulusan peralatan telekomunikasi baharu daripada Huawei Technologies dan ZTE China kerana menimbulkan risiko yang tidak boleh diterima kepada keselamatan negara AS.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan AS (FCC) berkata, pihaknya telah menerima pakai peraturan akhir, yang juga menghalang penjualan atau mengimport peralatan yang dibuat oleh pembuat peralatan pengawasan China iaitu Dahua Technology, firma pengawasan video Hangzhou Hikvision Digital Technology dan firma telekomunikasi Hytera Communications.

Larangan tersebut merupakan tindakan tegas terbaharu Washington terhadap gergasi teknologi China berikutan kebimbangan bahawa Beijing boleh menggunakan syarikat teknologi China untuk mengintip rakyat AS.

“Peraturan baharu ini merupakan bahagian penting dalam tindakan berterusan kami untuk melindungi rakyat AS daripada ancaman keselamatan negara yang melibatkan telekomunikasi,” kata Pengerusi FCC, Jessica Rosenworcel dalam satu kenyataan.

Rosenworcel mengedarkan langkah yang dicadangkan itu kepada tiga pesuruhjaya lain untuk kelulusan akhir bulan lalu yang secara berkesan menghalang firma berkenaan daripada menjual peralatan baharu di AS.

Menurut FCC, pada Jun 2021 pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan semua kebenaran peralatan untuk semua syarikat dalam senarai dilindungi.

Kesemua empat pesuruhjaya di agensi itu, termasuk dua ahli parti Republikan dan dua daripada Demokrat, menyokong langkah berkenaan semalam.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya