AS anggar kematian tentera Russia, Ukraine cecah 100,000 - Utusan Malaysia

AS anggar kematian tentera Russia, Ukraine cecah 100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ketenteraan Amerika Syarikat (AS) menganggarkan jumlah anggota tentera Russia yang terbunuh dan cedera adalah lebih 100,000 orang sepanjang perang tercetus sejak Februari lalu.

Pasukan tentera Ukraine juga ‘berkemungkinan’ merekodkan jumlah kematian yang sama berikutan siri pertempuran agresif sejak beberapa bulan lalu.

Namun, jumlah tersebut tidak dapat disahkan oleh Reuters.

Ketua Staf Tentera AS, Mark Milley berkata, pertempuran ntara tentera Russia dan Ukraine berkemungkinan ‘sedikit reda’ menjelang musim sejuk yang bakal tiba, sekali gus membuka ruang kepada rundingan untuk menamatkan peperangan.

Ditanya mengenai prospek diplomasi di Ukraine, Milley memaklumkan, keengganan kedua-dua negara untuk meredakan ketegangan hanya menyebabkan lebih banyak nyawa menjadi korban.

“Sekiranya ada peluang untuk berunding, sekali gus mencapai persetujuan untuk menamatkan perang, ambillah peluang itu segera,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya