Amazon rekod kerugian AS$1 trilion dalam nilai pasaran

Amazon rekod kerugian AS$1 trilion dalam nilai pasaran

AMAZON menerima tempias selepas ramai pembeli memilih mengurangkan perbelanjaan mereka dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Amazon.com menjadi syarikat awam pertama di dunia yang kehilangan AS$1 trilion (RM4.64 trilion) dalam nilai pasaran, sekali gus memberi tamparan hebat kepada pengasasnya, Jeff Bezos yang merupakan individu kedua terkaya di dunia.

Lapor Bloomberg, gabungan inflasi yang meningkat, dasar monetari yang semakin ketat dan kemas kini pendapatan yang mengecewakan mencetuskan penjualan bersejarah dalam saham syarikat itu tahun ini.

Saham dalam syarikat e-dagang itu jatuh 4.3 peratus Rabu lalu dan menolak nilai pasarannya kepada kira-kira AS$879 bilion (RM4.08 trilion) daripada rekod penutupan AS$1.88 trilion (RM8.35 trilion) pada Julai 2021.

Amazon dan Microsoft bersaing rapat untuk melepasi pencapaian yang tidak diingini itu, dengan pembuat perisian Windows hampir di belakang selepas kehilangan AS$889 bilion (RM4.12 trilion) daripada kemuncak November 2021.

Saham peruncit dalam talian terbesar di dunia itu merekodkan kemerosotan hampir 50 peratus di tengah-tengah jualan yang perlahan, kos yang melambung tinggi dan lonjakan dalam kadar faedah.

Sejak awal tahun, Bezos menyaksikan kekayaannya berkurangan hampir AS$83 bilion (RM385 bilion) kepada AS$109 bilion (RM505 bilion) berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.

Pada Oktober, Amazon mengunjurkan pertumbuhan hasil paling perlahan dalam sejarah syarikat itu ketika musim cuti apabila pembeli mengurangkan perbelanjaan mereka dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Situasi itu menyebabkan nilai pasarannya berada di bawah AS$1 trilion buat kali pertama sejak ketidaktentuan akibat pandemik berlanjutan dalam saham teknologi lebih dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN