Tiga penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Tiga penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tiga penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Israel dalam dua kejadian berasingan di Tebing Barat.

Ia merupakan insiden maut terbaharu dalam keganasan Israel-Palestin yang semakin meningkat di wilayah yang diduduki rejim zionis.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, dua adik beradik maut akibat ditembak tentera Israel di Kafr Ein, berhampiran Ramallah.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jawad Abdul Rahman Rimawi, 22 dan Dhafer Andul Rahman Rimawi, 21.

Jelas kementerian, seorang lagi penduduk meninggal dunia akibat tembakan di bahagian kepala di Beit Ummar, berhampiran bandar Hebron.

Tentera Israel tidak memberi komen berhubung insiden tembakan di Kafr Ein.

Mengulas mengenai pertempuran di Beit Ummar, tentera Israel berkata, pasukannya melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan yang membaling batu dan menggunakan bahan letupan ke arah anggotanya.

Katanya, kejadian itu berlaku selepas dua kenderaannya tersangkut semasa melakukan `rondaan operasi’ di kawasan itu.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Sivil Pihak Berkuasa Palestin, Hussein Al Sheikh menyifatkan kematian dua adik beradik itu sebagai pembunuhan tanpa belas kasihan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya