Ukraine edar pil iodin potassium kepada penduduk elak serangan

Ukraine edar pil iodin potassium kepada penduduk elak serangan nuklear

TENTERA Ukraine melepaskan pelancar roket berganda ke arah kedudukan tentera Russia di wilayah Kharkiv.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Penduduk di pusat perlindungan di bandar ini diberikan pil iodin potassium sebagai langkah persediaan berdepan ancaman serangan nuklear Russia. 

Pil itu dikatakan dapat menghalang menyerap serangan radiasi berbahaya oleh kelenjar tiroid jika diambil sejurus sebelum atau selepas terdedah sinaran nuklear. 

Majlis Bandar Raya itu menerusi kenyataan memaklumkan pil tersebut akan diedarkan kepada penduduk di kawasan yang tercemar oleh sinaran nuklear jika terdapat keperluan untuk berpindah.

Kebimbangan serangan nuklear itu muncul selepas kenyataan Presiden Russia, Vladimir Putin yang tidak teragak-agak untuk ‘menggunakan semua cara untuk memenangi perang’.

Akhbar yang berpangkalan di London juga melaporkan Russia sudah memindahkan sebuah kereta api yang dikaitkan milik Kementerian Pertahanan kononnya bertanggungjawab memiliki senjata nuklear. 

Ditanya mengenai laporan Times, Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, Russia tidak mahu melayan tuduhan ‘retorik nuklear’ yang dicetuskan Barat. 

“Media, ahli politik dan ketua negara di Barat sedang terlibat dalam banyak latihan berkenaan retorik nuklear sekarang,” kata Peskov. 

Akhbar Itali, La Repubblica melaporkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menghantar anggotanya membuat laporan perisikan mengenai pergerakan kapal selam nuklear Belgorod. 

“Kapal selam nuklear itu menyelam di Laut Artik dan dikhuatiri misinya bagi menguji torpedo super Poseidon yang sering dirujuk sebagai ‘senjata Apocalypse’,” katanya. 

Russia dikatakan mempunyai senjata dron nuklear bawah air, Poseidon yang mampu melakukan perjalanan jauh sebelum meletup dengan kekuatan yang boleh mencetuskan tsunami nuklear.

Alat itu direka untuk menenggelamkan bandar-bandar di pesisir pantai. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya