Truss mohon maaf, akan terus ketuai kepimpinan Britain - Utusan Malaysia

Truss mohon maaf, akan terus ketuai kepimpinan Britain

LIZ Truss
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Liz Truss menegaskan akan mengetuai parti Tory dalam pilihan raya umum akan datang biarpun ada pihak yang mahu beliau meletak jawatan.

Truss turut memohon maaf atas kesilapannya selepas Menteri Kewangan yang baharu dilantik, Jeremy Hunt membatalkan hampir semua rancangan pemotongan cukainya untuk menstabilkan kegawatan pasaran.

Dalam temu bual dengan portal berita BBC, beliau menegaskan masih komited untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi United Kingdom (UK), tetapi mengakui usaha itu memerlukan masa yang lebih lama untuk dicapai.

“Saya fikir ini adalah tanda seorang ahli politik yang jujur yang berkata ‘ya’, saya telah membuat kesilapan. Saya telah menangani kesilapan itu dan sekarang kita perlu menyampaikannya kepada orang ramai.

“Adalah sangat tidak bertanggungjawab bagi saya untuk tidak bertindak demi kepentingan negara seperti yang telah saya lakukan ini,” katanya.

Hunt sebelum ini mengumumkan bahawa hampir semua pemotongan cukai yang diumumkan pada belanjawan mini bulan lepas akan dibatalkan.

Dalam pada itu, Truss memberitahu beliau masih berpegang kepada polisi cukai rendah dan perkembangan ekonomi pesat tetapi keutamaannya kini adalah memelihara kestabilan ekonomi negara ini.

“Saya tetap komited kepada visi saya tetapi kami perlu menyampaikannya dengan cara yang berbeza,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN