fbpx

Trump saman CNN RM2.13 bilion

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memfailkan saman fitnah berjumlah AS$475 juta (RM2.13 bilion) terhadap agensi berita CNN.

Saman itu dikemukakan dalam ganti rugi punitif yang mendakwa rangkaian itu menjalankan ‘kempen fitnah berterusan’ terhadap dirinya.

Trump memfailkan saman tersebut di Mahkamah Daerah di Fort Lauderdale, Florida.

Ahli Politik Parti Republikan itu mendakwa CNN menggunakan pengaruh besarnya sebagai organisasi berita terkemuka untuk menjatuhkan karier politiknya.

Saman setebal 29 muka surat itu mendakwa CNN melakukan serangan demi serangan terhadap Trump kerana kebimbangan beliau akan bertanding semula sebagai presiden pada 2024.

“CNN cuba mencemarkan plaintif dengan beberapa siri fitnah seperti skandal, berita palsu dan melabel Trump bersifat perkauman, anti-Russia, pemberontak serta ‘Hitler’,” tulis tuntutan itu.

Tuntutan itu menyenaraikan beberapa contoh seperti perbandingan yang dibuat oleh CNN terhadap Trump dengan Hitler, termasuk laporan khas Januari lalu, oleh Fareed Zakaria yang memasukkan rakaman diktator Jerman itu.

Saman itu dikemukakan ketika bekas Presiden berusia 76 tahun itu berdepan masalah undang-undang yang besar, termasuk siasatan jenayah oleh Jabatan Kehakiman AS terhadap dirinya,

Bulan lalu, Trump disaman oleh Peguam Negara New York, Leticia James yang menuduhnya berbohong kepada bank dan syarikat insurans berhubung nilai asetnya.-REUTERS

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN