Space X lebarkan sayap ke Filipina - Utusan Malaysia

Space X lebarkan sayap ke Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Syarikat SpaceX milik hartawan terkemuka, Elon Musk melebarkan sayap ke Filipina dengan menawarkan perkhidmatan jalur lebar satelit kepada perniagaan dan kerajaan negara ini.

Data Lake Inc, firma berpangkalan di Filipina yang sebahagiannya dimiliki Taikun, Henry Sy Jr. berkata, pihaknya menandatangani perjanjian untuk menjadi rakan kongsi pertama syarikat Starlink milik SpaceX di Asia Tenggara.

“Filipina adalah sebuah kepulauan dan menghubungkan negara kita ke dunia yang lebih luas memerlukan infrastruktur yang lebih besar,” kata Pengerusi Data Lake Inc, Anthony Almeda dalam satu kenyataan.

Filipina yang terdiri daripada lebih 7,600 pulau dengan kebanyakannya merupakan kawasan terpencil dan bergunung-ganang, menyebabkan liputan jalur lebar menjadi sukar bagi sesetengah syarikat.

Kira-kira 20 ribut tropika juga lazimnya melanda negara setiap tahun yang sering merosakkan infrastruktur selain memutuskan hubungan komunikasi antara pulau dan wilayah.

Starlink menggunakan rangkaian beribu-ribu satelit untuk menyediakan akses internet ke kawasan yang jauh mahu pun apabila komunikasi terganggu semasa bencana alam.

Menurut data dari Bank Dunia, di Filipina, hanya tujuh daripada setiap 100 orang mempunyai langganan tetap jalur lebar, ketinggalan di belakang rakan serantau seperti Singapura, Malaysia dan Thailand.

Awal bulan ini, kementerian teknologi maklumat dan komunikasi Filipina berkata kemasukan Starlink dalam pasaran Filipina dijadualkan pada 2023.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.