Singapura tarik balik dua produk Mie Sedaap - Utusan Malaysia

Singapura tarik balik dua produk Mie Sedaap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Dua produk Mie Sedaap jenama Indonesia iaitu mi segera Sup Pedas Korea dan mi segera Ayam Pedas Korea ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, etilena oksida dikesan dalam produk semasa tinjauan produk makanan, selepas racun perosak yang sama dikesan dalam produk ais krim Haagen-Dazs pada Ogos lalu yang juga sudah ditarik balik ketika itu.

Produk Korean Spicy Chicken yang terjejas mempunyai tarikh luput pada 21 Mei 2023, manakala produk Korean Spicy Soup yang terjejas tamat tempoh pada 17 Mac tahun depan.

Semakan The Straits Times menunjukkan bahawa dua perisa mi segera itu boleh didapati di pasar raya tempatan dan dalam talian.

Menurut SFA, etilena oksida ialah racun perosak yang tidak dibenarkan untuk digunakan dalam makanan.

Walaupun tidak menimbulkan risiko segera pada tahap penggunaan yang rendah, pendedahan jangka panjang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Menurut laporan dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, pendedahan jangka panjang kepada etilena oksida pada manusia boleh menyebabkan kerengsaan mata, kulit, hidung, tekak dan paru-paru serta kerosakan pada otak dan sistem saraf.

Selain itu, pendedahan kepada etilena oksida turut meningkatkan risiko kanser.

SFA memaklumkan, pihaknya sedang menguji produk mi segera Mie Sedaap yang lain dan bekerjasama dengan pengimport dan pihak berkuasa Indonesia untuk “menyiasat dan membetulkan punca pencemaran etilena oksida”.

Pengguna yang telah membeli produk yang terjejas harus mendapatkan nasihat perubatan jika mereka telah memakan dan mempunyai masalah kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya