Russia saman TikTok kerana kandungan LGBTQ

Russia saman TikTok kerana kandungan LGBTQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Mahkamah Russia menetapkan jumlah saman tiga juta rubles (RM235,000) yang perlu dilangsaikan TikTok kerana enggan menggugurkan kandungan berkaitan LGBTQ.

TikTok didakwa mempromosikan nilai seksual tidak bertamadun seperti LGBT, feminisme dan representrasi yang menyimpang dari nilai-nilai seksual tradisional.

The Verge melaporkan peraturan itu terkandung dalam Undang-Undang tahun 2013 yang membataskan indivdiu untuk membincangkan hak-hak LGBTQ.

Kerajaan Russia memperkenalkan peraturan itu bagi menghalang sebarang kandungan dalam talian yang bercanggah dengan undang-undang.

Russia juga sudah mengenakan penalti empat juta rubles (RM314,000) terhadap platform Twitch kerana menyiarkan kandungan temubual dengan penasihat Ukraine, Oleksiy Arestovych.

Kerajaan Russia menegaskan kandungan tersebut bercanggah dengan undang-undang berita palsu.

Twitch disaman kerana enggan menarik balik kandungan tersebut Ogos lalu.

Julai lalu, Russia turut memfailkan saman AS$365 juta (RM1.69 bilion) terhadap Google kerana enggan membuang video serangan di Ukraine dalam YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya