Rakyat UK tidak tahan dengan kenaikan kos sara hidup

Rakyat UK tidak tahan dengan kenaikan kos sara hidup

PENUNJUK perasaan memegang kain rentang bertulis ‘Cukup-cukuplah’ dalam protes bantah kenaikan tarif elektrik dan gas di Birmingham, United Kingdom. - PA MEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ribuan penduduk di bandar seluruh United Kingdom (UK) sepakat mengadakan protes secara besar-besaran bagi membantah kenaikan tarif elektrik dan gas, sekali gus meningkatkan kos sara hidup serta krisis iklim.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘cukup-cukuplah’ ketika kenaikan tarif elektrik dikuatkuasakan.

Lapor BBC, Orang ramai turut turun ke jalanan di beberapa bandar utama termasuk Birmingham, Glasgow dan Belfast.

Turut serta dalam protes itu termasuk persatuan berkaitan minyak dan badan revolusi seperti Extinction Rebellion (XR) dan Kumpulan Komunis Revolusi (RCG).

Harga gas dan elektrik domestik meningkat sebanyak 80 peratus berbanding musim sejuk tahun lalu, walaupun kos itu ditampung sebahagiannya oleh kerajaan.

Terdahulu, kerajaan menyatakan jaminan bekalan tenaga bakal menelan belanja sehingga 60 bilion pound (RM311 bilion) bagi enam bulan pertama, namun penganalisis industri menjangkakan perangkaan sebenar mungkin antara 130 dan 150 bilion pound (RM673 dan RM776 bilion).

Protes itu juga diadakan bagi menolak belanjawan mini oleh kerajaan baru-baru ini yang merangkumi pemotongan cukai sebanyak 45 bilion pound (RM233 bilion).

Tunjuk perasaan yang dilakukan menyebabkan Jambatan Westminster sesak apabila orang ramai memenuhi jalan raya sambil melaungkan slogan alam sekitar.

Sebahagian daripada mereka turut membawa sepanduk yang menyatakan kapitalisme adalah ‘musuh bumi’.

Di Birmingham, penunjuk perasaan membakar kertas sebagai protes terhadap kenaikan tarif gas dan elektrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya