Rakyat Indonesia maut ditembak gengster di Texas, keluarga bersedih - Utusan Malaysia

Rakyat Indonesia maut ditembak gengster di Texas, keluarga bersedih

NOVITA Kurnia Putri maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan kumpulan gengster di kediamannya di San Antonio, Texas. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARANG: Keluarga seorang rakyat Indonesia yang mati ditembak dalam satu insiden di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat masih terkejut dan bersedih dengan kejadian tersebut.

Novita Kurnia Putri, 25, maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan remaja yang menyerang rumahnya di Bexar County pada 4 Oktober lalu.

Sherif di daerah tersebut, Javier Salazar berkata, kejadian itu berlaku selepas kumpulan gengster berkenaan menyangka rumah Novita adalah sasaran yang perlu diserang, walhal wanita itu tiada kaitan langsung dengan kegiatan kongsi gelap di daerah berkenaan.

Jelas Salazar, lebih 100 das tembakan dilepaskan ke arah rumah Novita dan satu daripadanya mengenai wanita tersebut.

“Kami sekeluarga masih terkejut dan bersedih dengan apa yang berlaku.

“Kami berharap jenazah Novita dapat dikebumikan di sini (Semarang),” kata adik iparnya, Rizky Aulia Putra kepada Kompas.com.

Dalam pada itu, ibu Novita, Nani Muldiani memaklumkan, doa selamat akan diadakan di rumah mereka di Banyumanik sehingga jenazah anaknya tiba di Indonesia.

Katanya, keluarganya masih berhubung dengan Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Amerika Syarikat bagi urusan penghantaran pulang jenazah anaknya.

“Novita orang Indonesia dan kalau boleh kami mahu dia dikebumikan di tanah kelahirannya.

“Kami sekeluarga amat rapat, jika boleh, kami tidak mahu berjauhan lagi biarpun di bumi nyata, Novita sudah tiada,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya