Raja Charles ditabal Mei tahun depan - Utusan Malaysia

Raja Charles ditabal Mei tahun depan

RAJA Charles III
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Istiadat Pertabalan Raja Charles III akan diadakan pada 6 Mei depan, di di Westminster Abbey.

Menurut Istana Buckingham, Ratu Consort, Camilla akan turut ditabalkan dalam upacara bersejarah itu.

Portal berita BBC melaporkan, istiadat pertabalan tahun depan itu merupakan yang pertama selepas hampir 70 tahun pertabalan mendiang Ratu Elizabeth II pada Jun 1953.

Istana Buckingham dalam satu kenyataan berkata, istiadat pertabalan itu akan menggabungkan tradisi lama dan moden selain mencerminkan peranan Raja Charles di masa hadapan.

Raja Charles akan berusia 74 tahun ketika istiadat pertabalan berkenaan dan beliau akan menjadi raja tertua yang ditabalkan di Britain

Tarikh itu juga akan menjadi ulang tahun keempat cucunya Archie yang merupakan anak kepada Putera Harry dan Meghan Markle.

Ketua Biskop Canterbury mengendalikan  istiadat pertabalan berkenaan di mana tradisi itu sudah berlanjutan sejak pertabalan diraja 1066.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.