Putin isytihar undang-undang tentera di 4 wilayah Ukraine - Utusan Malaysia

Putin isytihar undang-undang tentera di 4 wilayah Ukraine

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran bangunan akibat serangan dron di Kyiv, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menandatangani dekri yang mengenakan undang-undang tentera di empat wilayah Ukraine yang diduduki oleh Russia.

Empat wilayah itu membabitkan Donetsk, Luhansk, Zaporizhia dan Kherson.

Lapor Al Jazeera, dekri itu antara lain turut memberi kuasa tambahan kepada pihak berkuasa di wilayah sempadan Russia.

Dekri itu ditandatangani ketika pasukan tentera Russia mengalami rentetan kekalahan di medan perang.  

“Kami sedang berusaha menyelesaikan tugas yang sangat kompleks untuk menjamin keselamatan dan melindungi masa depan Russia,” katanya.

Dekri itu juga berupaya menyekat pergerakan masuk dan keluar dari lapan wilayah bersebelahan Ukraine selain membolehkan penduduk wilayah dipindahkan ke `zon selamat’.

Selain itu, Putin turut mengarahkan pihak berkuasa menubuhkan sebuah majlis penyelaras khas di bawah Perdana Menteri Mikhail Mishustin untuk bekerjasama dengan wilayah Russia dalam meningkatkan usaha perang Moscow di Ukraine. 

Dekri Kremlin yang dikeluarkan itu turut mengarahkan `mobilisasi ekonomi’ di lapan wilayah bersebelahan Ukraine termasuk Crimea yang diduduki yang di 

Dekri Kremlin yang diterbitkan mengarahkan “mobilisasi ekonomi” di lapan wilayah bersebelahan dengan Ukraine, termasuk Crimea yang diduduki Russia pada 2014.

Sementara itu, seorang pegawai Kyiv menyifatkan dekri itu tidak akan memberi sebarang perubahan besar.

Tindakan itu menandakan peningkatan terbaharu oleh Putin dalam menentang siri kekalahan besar di tangan tentera Ukraine sejak awal September.

Arahan itu dibuat ketika pegawai lantikan Russia di Kherson memaklumkan orang awam untuk meninggalkan beberapa kawasan secepat mungkin dengan menjangkakan serangan Ukraine yang akan berlaku. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN