PM baharu Britain bakal disingkirkan tidak lama lagi?

PM baharu Britain bakal disingkirkan tidak lama lagi?

PEMECATAN Kwasi Kwarteng oleh Liz Truss disifatkan memburukkan lagi situasi politik dan ekonomi di Britain. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menteri Kewangan Britain yang dipecat, Kwasi Kwarteng percaya tempoh perkhidmatan Perdana Menteri Liz Truss bakal ‘berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang’ berikutan keputusan yang dibuatnya.

Kwarteng yang sebelum ini merupakan sekutu rapat Truss menjadi menteri kewangan kedua paling singkat berkhidmat, iaitu selama 38 hari selepas dipecat Truss pada Jumaat lalu.

Kedudukannya digantikan dengan bekas menteri luar, Jeremy Hunt yang diharapkan dapat meredakan krisis ekonomi di negara ini.

Hunt menerusi satu wawancara selepas dilantik memaklumkan, perubatan menyeluruh akan berlaku dalam ekonomi Britain, termasuk kenaikan kadar cukai.

Menurut sumber yang tidak didedahkan, keputusan Truss memecat Kwarteng hanya akan menyebabkan kedudukannya sebagai perdana menteri semakin goyah.

“Kwarteng berpandangan, Truss mungkin boleh menjadi perdana menteri hanya beberapa minggu sahaja lagi,” menurut sumber itu yang dipetik The Times.

Selain itu, beberapa pegawai kanan di Downing Street juga digambarkan ‘memberi masa’ kepada Truss untuk berundur dengan sukarela atau ‘dipaksa meletak jawatan’ berikutan keputusan melulu yang dibuatnya.

Sejumlah anggota Tory pula dijangka mendesak satu jawatankuasa bagi menukar peraturan dan membenarkan mereka memecat perdana menteri.

Terdapat juga desas-desus mengenai rancangan mengemukakan ‘calon perpaduan’ bagi menggantikan Truss.

Truss sehingga kini menolak gesaan untuk meletak jawatan dan berkeras meneruskan khidmatnya sehingga ‘keadaan di Britain kembali reda’.

Beliau turut ‘meminta maaf’ atas pemecatan Kwarteng, namun perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan negara ini dalam keadaan baik, dengan menyifatkan Hunt mempunyai kredibiliti yang diperlukan.

Sementara itu, satu tinjauan yang dilakukan YouGov menunjukkan separuh daripada penduduk Britain bersetuju dengan pemecatan Kwarteng, manakala 39 peratus lagi berpendapat Hunt mungkin mempunyai kaedah yang sama dengan Kwarteng, sekali gus tidak memulihkan keadaan di Britain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN