Pfizer naikkan harga vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Pfizer naikkan harga vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Firma Pfizer Inc menjangkakan akan meningkatkan sehingga empat kali ganda harga vaksin COVID-19 kepada kira-kira AS$130 (RM615) setiap dos selepas program pembelian oleh kerajaan tamat.

Eksekutif Pfizer, Angela Lukin berkata, pihaknya menjangkakan vaksin itu akan hanya disediakan secara percuma kepada mereka yang mempunyai insurans swasta atau insurans yang dibayar kerajaan sahaja.

Ketika ini, AS membayar kira-kira AS$30 (RM141) kepada Pfizer dan rakan kongsi Jerman, BioNTech SE bagi setiap dos yang diberikan secara percuma kepada rakyatnya.

Wall Street menjangkakan kenaikan harga itu disebabkan oleh permintaan vaksin COVID-19 yang semakin berkurangan.

Pada 2023, pasaran dijangka beralih kepada insurans swasta selepas tempoh kecemasan kesihatan awam AS tamat.

Pfizer berkata, pihaknya menjangkakan pasaran COVID-19 adalah sama seperti suntikan selesema pada setiap tahun bagi dewasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya