Pasangan Youtuber buat laporan polis palsu

Pasangan Youtuber buat laporan polis palsu

BAIM WONG dan Paula Verhoeven dikutuk orang ramai kerana menghasilkan kandungan video palsu.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasangan Youtuber, Baim Wong dan Paula Verhoeven menjadi bualan ramai selepas ‘kantoi’ menghasilkan video palsu mengenai keganasan rumah tangga kepada pihak polis. 

Lapor Kompas.com, pasangan sensasi itu membuat laporan di Balai Polis Kebayoran Lama, Jakarta Selatan. 

Rakaman video itu dimuat naik dalam saluran Youtube, Ahad lalu, sebelum dibuang. 

Menerusi video tersebut, Paula dilihat dikasari oleh suaminya sebelum berpura-pura membuat laporan polis. 

Baim dan Paula dilihat bersembang di dalam kereta yang diletakkan di depan balai polis itu. 

Pasangan itu merancang untuk menghasilkan kandungan palsu, sebelum Paula keluar dari kereta untuk membuat laporan. 

Sementara Baim hanya duduk di dalam kereta sambil merakam pergerakan isterinya menggunakan kamera. 

Baim dilihat ketawa berdekah-dekah ketika melihat isterinya membuat laporan polis. 

Walaupun pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pasangan itu kerana melakukan penipuan, tindakan tersebut mengundang kecaman netizen. 

Segelintir netizen menyifatkan pasangan itu sudah melampau dan tidak menjaga sensitiviti mangsa keganasan rumah tangga. 

Kandungan itu dimuat naik setelah kes keganasan rumah tangga yang menimpa penyangi dangdut, Lesti Kejora. 

Lesti membuat laporan polis selepas menjadi mangsa kekerasan Rizky Billar yang diduga berlaku curang di belakang isterinya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN