Orang ramai diberi peluang gali fosil dinosaur di Australia - Utusan Malaysia

Orang ramai diberi peluang gali fosil dinosaur di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIGHTNING RIDGE: Sebuah bandar di New South Wales, Australia menganjurkan acara penggalian fosil dinosaur kepada penduduk tempatan.

Tidak lagi terhad kepada ahli arkeologi, pengalaman menggali dan mengenalpasti fosil zaman purba itu dirasai oleh pelbagai latar belakang masyarakat.

Sukarelawan yang menyertai acara terbabit menghabiskan masa berhari-hari sebelum dapat menjumpai serpihan tulang yang dipercayai daripada rangka dinosaur.

Acara yang diadakan di Australian Opal Centre itu turut mengumpulkan penduduk dari Australia Barat yang berharap dapat meneroka kehidupan pada 100 juta tahun lalu.

Bagaimanapun jika ada sebarang penemuan istimewa seperti serpihan tulang atau gigi dinosaur ditemui, pihak Australian Opal Centre akan menyimpannya untuk tujuan penyelidikan.

Namun, pengalaman itu memberikan keunikan kepada pelajar dan anak muda yang tidak hanya mengetahui sejarah arkeologi menerusi buku teks di dalam bilik darjah, sebaliknya dapat turun sendiri ke lapangan untuk menyelami sejarah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN