Lelaki 'tanpa tujuan' libas isteri dan anak dengan parang hingga mati - Utusan Malaysia

Lelaki ‘tanpa tujuan’ libas isteri dan anak dengan parang hingga mati

SUSPEK yang berasal dari Ketapang, Kalimantan Barat berjaya diberkas oleh pihak polis. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETAPANG: Seorang lelaki di Hulu Sungai, Kalimantan Barat tergamak melibas isteri dan anaknya yang baru berusia tujuh tahun sehingga mati.

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Ketapang, Yani Permana berkata, kejadian berlaku di sebuah pondok ladang yang didiami mangsa sekeluarga.

“Dua jiran berdekatan mendengar kekecohan dan teriakan mangsa dari pondok tersebut pada malam Sabtu lalu.

“Saksi kemudian bergegas ke pondok itu dengan berbekalkan lampu suluh.

“Mereka sempat melihat suspek memegang sebilah parang dan mengejar anaknya sebelum mengayunkan parang tersebut ke arah kepala mangsa sehingga cedera,” katanya.

Yani berkata, kedua-dua saksi yang berada dalam ketakutan terus melarikan diri dan memberitahu penduduk kampung lain.

Jelasnya, suspek berusia 38 tahun berjaya diberkas keesokan harinya oleh penduduk kampung dan anggota polis.

Polis bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar suspek menyerang ahli keluarganya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN