Lapan kanak-kanak lemas ketika pulang dari kelas bahasa Inggeris - Utusan Malaysia

Lapan kanak-kanak lemas ketika pulang dari kelas bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak maut, manakala tiga lagi masih hilang selepas bot yang membawa mereka pulang dari kelas bahasa Inggeris karam di Sungai Mekong.

Bot kecil yang terlebih muatan karam kira-kira 50 meter dari destinasinya di wilayah tenggara Kandal lewat petang semalam, menurut ketua polis tempatan, Am Thou.

“Ia satu kemalangan yang menyedihkan. Lapan pelajar maut dan tiga pelajar masih hilang,” katanya.

Mangsa berusia antara 12 dan 15 tahun, manakala dua pengusaha bot dan dua pelajar lain berjaya diselamatkan, tambahnya.

Dalam catatan Facebook, Perdana Menteri Hun Sen menzahirkan ucapan takziah dan menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika banjir besar yang telah menaikkan paras Sungai Mekong.

Pada 2009, sebuah feri terbalik dalam satu kejadian di sungai timur laut Kemboja dengan mengorbankan sekurang-kurangnya 17 penumpang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN