Korea Utara didakwa lancar dua peluru berpandu balistik - Utusan Malaysia

Korea Utara didakwa lancar dua peluru berpandu balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi tadi.

Ia merupakan pelancaran keempat negara itu pada minggu ini ketika Seoul, Tokyo dan Washington meningkatkan latihan ketenteraan bersama melawan Pyongyang.

Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan anti-kapal selam semalam hanya beberapa hari selepas tentera laut Washington dan Seoul menjalankan latihan ketenteraan berskala besar di perairan semenanjung.

Tentera Korea Selatan memaklumkan pihaknya mengesan dua peluru berpandu jarak dekat yang dilancarkan dari kawasan Sunan di Pyongyang ke arah Laut Timur.

Menurut Ketua Staf Bersama (JCS) dalam kenyataan, peluru berpandu terbang kira-kira 350 kilometer (km) pada ketinggian sekitar 30km, dengan kelajuan maksimum Mach 6.

JCS turut menyifatkan pelancaran itu sebagai `provokasi serius’.

Sementara itu, Jepun mengesahkan pelancaran itu dengan menyatakan peluru berpandu tersebut mendarat di luar Zon Ekonomi Eksklusif negara itu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Toshiro Ino berkata, peluru berpandu itu terbang dalam lintasan yang tidak teratur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.