‘Kami turun padang bukan merusuh’

‘Kami turun padang bukan merusuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Seorang penyokong yang terselamat menceritakan alasan sebenar mereka turun ke padang selepas perlawanan bola sepak antara Arema FC dan Persebaya Surabaya berakhir dengan keputusan 3-2. 

Penyokong Arema FC, Riyan Dwi Cahyoni, 22, berkata, tindakan dia dan beberapa penyokong lain memasuki padang hanya sebagai isyarat protes terhadap pengurusan dan pemain kelab itu. 

Jelasnya, tujuannya hanya untuk memberi peringatan supaya mereka boleh memberikan aksi lebih baik pada masa depan. 

“Kami turun sebab kecewa dengan kekalahan Arema FC. Sedangkan, sudah 23 tahun dalam sejarah kita tidak pernah tewas dengan Persebaya,” katanya lapor Kompas.com. 

Riyan masih menerima rawatan di Hospital Kanjuruhan akibat mengalami patah tulang kanan. 

Katanya, ketika kejadian dia belum sempat melompat pagar, tetapi anggota polis sudah melepaskan gas pemedih mata.  

Disebabkan itu, dia terjatuh dan terpijak penyokong lain yang berebut turun dari bangku penonton. 

Akibat tembakan itu, dia mengalami sesak nafas dan bersyukur dirinya masih selamat selepas diselamatkan penyokong lain. 

“Kami kecewa dengan tindakan petugas keamanan. Kami juga dipukul dan ditendang sehingga rakan kami kehilangan nyawa,” katanya.  

Sementara itu, seorang penyokong lain yang terselamat, Gafandra Zulkarnain, 20 berkata, dia bersama teman wanitanya terjatuh ketika huru-hara berlaku akibat tembakan gas pemedih mata. 

Akibatnya, dia mengalami lebam di tangan kiri dan kaki kirinya. 

“Ketika kekecohan berlaku, kami tidak turun langsung ke padang dan hanya duduk diam di bangku penonton. 

“Namun, situasi berubah mendadak selepas tembakan gas pemedih mata ke arah tempat duduk sehingga menyebabkan semua orang berebut keluar dari stadium,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN