Jumlah korban runtuhan salji Himalaya meningkat 19 orang - Utusan Malaysia

Jumlah korban runtuhan salji Himalaya meningkat 19 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 19 pendaki maut akibat runtuhan salji di Himalaya bahagian India, dengan cuaca buruk menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sudah pun memasuki hari keempat.

Sekumpulan pelatih dan pengajar pendakian terperangkap dalam runtuhan salji besar-besaran pada Selasa lalu  berhampiran puncak Gunung Draupadi ka Danda II di Uttarakhand.

“Sebanyak 19 mayat ditemukan dengan 10 orang masih hilang.

“Operasi SAR disambung semula hari ini, namun bergantung kepada keadaan cuaca,” kata jurucakap agensi bencana negara, Ridhim Aggarwal kepada AFP.

Selain itu, operasi SAR yang dijalankan sebelum ini berjaya menyelamatkan 32 pendaki.

Sebuah lokasi pendaratan helikopter disediakan berhampiran tapak runtuhan salji pada ketinggian 4,900 meter dari paras laut, kata Polis Sempadan Indo-Tibet.

Sunil Lalwani, seorang daripada pendaki pelatih yang diselamatkan, memuji tenaga pengajar kerana menyelamatkan banyak nyawa.

“Kami berada 50 hingga 100 meter dari puncak dengan pengajar di hadapan kami, apabila tiba-tiba runtuhan salji berlaku dan menyebabkan ramai jatuh.

“Ia berlaku dalam beberapa saat dan kami tercampak… entah bagaimana kami boleh bernafas… kerana merekalah kami hidup hari ini,” ujarnya seperti yang dilaporkan Hindustan Times pada Khamis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN