Jumlah korban ribut Nalgae di Filipina meningkat 98 orang - Utusan Malaysia

Jumlah korban ribut Nalgae di Filipina meningkat 98 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOVELETA, Filipina: Kematian akibat ribut tropika yang melanda Filipina bertambah kepada 98 mangsa orang.

Menurut pihak berkuasa, peluang untuk menemukan mangsa terselamat semakin tipis, terutamanya di kawasan yang paling teruk terjejas.

Lebih separuh kematian adalah akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang diakibatkan oleh ribut tropika Nalgae, yang memusnahkan perkampungan di pulau selatan Mindanao, Jumaat lalu.

“Kami mengalihkan operasi kami daripada mencari dan menyelamat (SAR) kepada operasi carian kerana peluang untuk hidup selepas dua hari hampir tiada,” kata Ketua Pertahanan Awam wilayah Bangsamoro di Mindanao, Naguib Sinarimbo.

Jumlah kematian mungkin meningkat dengan agensi bencana negara merekodkan 63 orang masih hilang dalam laporan terbaharu manakala bilangan yang cedera turut bertambah.

Pasukan penyelamat mengharungi lumpur dan timbunan sampah sarap untuk menjejaki lebih ramai mangsa terkorban.

Pada masa sama, penduduk yang terselamat membersihkan kediaman yang diselaputi lumpur di bandar Noveleta, di selatan ibu negara, Manila.

“Sepanjang saya tinggal di sini, ini kali pertama kami mengalami banjir seperti ini,

“Saya sudah biasa banjir di sini tetapi ini paling teruk, saya amat terkejut,” kata Joselito Ilano, 55 yang rumahnya dinaiki air setinggi paras pinggang.

Taufan Nalgae mengakibatkan kampung banjir, memusnahkan tanaman dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik di banyak wilayah ketika ia melanda seluruh Filipina.

Sebelum ini, saintis sudah mengeluarkan amaran mengenai taufan yang membawa maut dan mengakibatkan kemusnahan lebih ketara susulan dunia menjadi lebih panas disebabkan perubahan iklim.

Agensi ramalan cuaca negeri memberi amaran bahawa satu lagi ribut tropika sedang menuju ke arah Filipina walaupun Nalgae bergerak merentasi Laut China Selatan.

Sistem cuaca baharu boleh membawa lebih banyak hujan lebat dan kesengsaraan ke kawasan yang terjejas teruk oleh Nalgae. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.