Joe Biden berhasrat tanding lagi - Utusan Malaysia

Joe Biden berhasrat tanding lagi

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Joe Biden yang merupakan presiden tertua dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), menyuarakan hasratnya untuk bertanding semula dalam pilihan raya 2024.

Biden berkata demikian dalam satu wawancara bersama saluran televisyen, MSNBC ketika menjawab soalan menarik itu semasa Presiden AS itu bakal menyambut hari lahirnya yang ke-80 pada bulan depan.

“Saya belum membuat keputusan rasmi itu namun ia adalah niat saya.

“Niat saya untuk bertanding semula dan kami mempunyai masa membuat keputusan itu,” katanya.

Biden berkata, isterinya, Jill Biden turut menyokong hasratnya untuk bertanding.

“Isteri saya berpendapat bahawa kami sedang melakukan sesuatu sangat penting dan tidak sepatutnya meninggalkannya,” katanya.

Sebelum ini, Biden pernah menyuarakan hasrat yang sama namun ada kalanya juga menimbulkan keraguan.

Dalam wawancara bersama CBS pada September lalu, Biden berkata, ia terlalu awal dan masih belum membuat keputusan lagi.

Beliau dalam wawancara itu juga pernah menyebut dirinya `sangat menghormati nasib’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN