Jeans Levi's tahun 1880-an dilelong lebih RM400,000 - Utusan Malaysia

Jeans Levi’s tahun 1880-an dilelong lebih RM400,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sepasang seluar jeans Levi’s dari tahun 1880-an yang ditemukan di dalam lombong terbiar dilelong pada harga AS$87,400 (RM410,255).

Seluar itu dijumpai di sebuah lombong terbiar di barat Amerika oleh ahli arkeologi denim Michael Harris dan dijual di Durango Vintage Festivus iaitu festival denim yang berlangsung selama empat hari di pinggir Aztec, lapor United Press International (UPI).

Jeans itu mempunyai butang buckleback dan dibeli oleh Kyle Hautner dan Zip Stevenson.

Hautner membayar 90 peratus daripada harga itu, manakala Stevenson menyumbang baki 10 peratus.

Stevenson yang memiliki dan mengendalikan kedai pembaikan Denim Doctors di Los Angeles menyifatkan seluar itu adalah satu penemuan yang jarang berlaku.

“Seluar jeans ini sangat jarang dijumpai, terutamanya saiz dan keadaannya yang masih elok,” katanya.

Stevenson berkata, Harris sudah meneliti sekurang-kurangnya 50 lombong terbiar selama lima tahun lalu dan tidak menemukan sesuatu yang mempunyai kualiti sama.

Beberapa jeans Levi dari tahun yang sama diketahui masih wujud, tetapi kebanyakan dipamerkan di muzium dan dianggap tidak lagi boleh dipakai.

Jelasnya, seluar yang dilelong itu masih boleh dipakai dengan melakukan sedikit pembaikan kecil.

Seluar jeans itu kini disimpan di dalam peti deposit keselamatan berhampiran Denim Doctors dan boleh dilihat melalui temujanji, selain pemiliknya berharap dapat menjual seluar itu ke muzium untuk paparan umum

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN